Thursday, 27 July 2017

INTERSESI FAKULTI FARMASI UiTM

Assalamualaikum,
 Dah lama sis tak buat entry. Hari ni rasa nak share pengalaman process untuk ambil intersesi. Sebelum tu kena lah tahu intersesi ni apa.

Intersesi adalah sesi pelajaran selama 5minggu yang diperuntukkan kepada pelajar-pelajar yang mempunyai mata pelajaran yang gagal untuk repeat mata pelajaran itu sekiranya tidak repeat semasa waktu pelajaran kuliah yang biasa. Jumlah mata pelajaran yang boleh diambil semasa intersesi terhad pada 2 subjek sahaja. Yelah, kalau nak repeat masa kuliah sesetengah orang tak suka sebab nanti terlebih jam kredit, sem tu ada subjek berat sangat takut tak boleh nak bawa semua pula. So, intersesilah antara option yang ada.

Sis ada fail 1 subjek masa sem 3, jadi nak repeat pun kena waktu sem genaplah. Nak repeat masa sem 5 memang taklah dengan thesis dan subjek pharmacognosy pula tu..Humm, tak tertanggung rasanya. Jadi, pertimbangkan untuk ambil semasa di sem 7 atau intersesi. Tanya lah pula senior.. Lepas tu senior tu cakap. Kalau sem 7 heavy juga sebab 23 credit hour juga, banyak subjek clinical dan hospital attachment memang penat.

Bila dah timbang tara guna neraca bagai..hahaha.. akhirnya sis ambil keputusan untuk ambil intersesi. Without knowing that intersesi kene bayar sebanyak RM200++. Tak tahu lagi exact amount yuran sebab yuran belum jana. Disebabkan masa sem8 sis duduk kolej tu satu lagi hal. Nak kena fikir tempat tinggal nak duduk mana. Dah tanya junior-junior untuk tumpang rumah sewa dia orang, rata-rata ada penghunilain juga dekat rumah tu. Jadi, penghuni yang lain tu tak selesa kalau ada orang lain duduk. Jadi, sis pun buat keputusan untuk duduk dekat kolej dengan bayaran RM7.50/hari.

Ni sampai part yang tak bestnya. Lepas dah bayar yuran kolej RM230++ sebab duduk sebulan kan.. Hari pertama(isnin), sibuk uruskan urusan kolej. Tak sempat lagi nak contact resource person. -Mood OK.

Hari kedua (selasa), contact lecturer. Lepas tu rupanya tak ada class formal. Kalau ada masalah baru datang jumpa pensyarah yang mengajar dalam kumpulan. I was WHAT? Meaning that it is self learning!-Mood NYIRAP. Maunya tak nyirap sebab dahlah habis duit nak sewa kolej semua.. Dengan yuran pula tu. Sekarang ni baru first week jer intersesi (self learning) sis banyak lagi benda yang tak clear. Pasal yuran, pasal exam. Kalau cakap tiba-tiba ambil supplementary exam, memang rasa macam nak ambor jer dekat dekan. Sebab supplementary exam cuma boleh dapat C sahaja.
 Dah lah, dah bayar yuran kolej. Kalau tahu tak ada class baik duduk dekat rumah sendiri walaupun jauh sampai nun di Perak. Baik datang Palam seminggu lagi sebelum exam ka.. Tak adalah aku membazir duduk lama-lama dekat sini. Pula tu duduk seorang. Mana nak ada roomate. Nasib sis ni spesis kental. Hihi

Hopefully everythings is going well. So, the moral value here is time and money planning are very crucial.
  

1 comment:

  1. Salam sis. Saya nk bertanya. saya dah repeat paper time sem 8 tuk subjek sem 6. In case kalau ambil supp exam, but gagal lagi. Dah dikira habis chance yg 3 kali repeat lah kan?

    Apa jadi Klw kena dismiss?

    ReplyDelete